Friday, October 24, 2014

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA



KERTAS KERJA
PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE
NEGERI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH





PADA :
12 & 13 NOVEMBER 2014
HARI RABU & KHAMIS



ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK FELDA ULU TEBRAU








1. TAJUK

      Kertas Kerja Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah  Lawatan Sambil Belajar  Murid-murid Pendidikan Khas ke Negeri Melaka 2014.


2.  PENGENALAN

Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran seharusnya diberi peluang untuk  menikmati dan menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendedahkan mereka dengan corak kehidupan bermasyarakat, penggunaan kemudahan awam serta cara pengurusan diri dan persekitaran. Melalui aktiviti ini juga diharapkan dapat membentuk keyakinan diri murid, melatih mereka untuk berdikari, mengamalkan sikap bekerjasama dan menyemai sifat kepimpinan selain menggalakkan interaksi,  komunikasi dan integrasi di dalam dan luar sekolah.

3. OBJEKTIF

Melalui Program Lawatan Sambil Belajar  Murid-murid Pendidikan Khas ke Negeri Melaka ini, murid-murid dapat:
a. Memupuk minat dan membantu meningkatkan kefahaman murid dalam mata pelajaran
    Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku,  Sains, Bahasa Melayu dan Matematik.  

b. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan pengangkutan awam disamping
    melatih mereka memahami serta  mematuhi peraturan dan arahan di tempat-tempat
    awam serta menghargai kemudahan yang disediakan.
c. Mendidik dan memimpin murid supaya boleh berdikari dalam pengurusan diri serta
    meningkatkan keyakinan kendiri murid.

d. Membentuk disiplin diri, memupuk sahsiah dan berupaya menjaga keselamatan diri sendiri/rakan serta mematuhi peraturan serta arahan guru ketika berada di luar bilik darjah.

e.  Mewujudkan suasana Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang
    menyeronokkan dan berkesan.


4. BUTIRAN PROGRAM

4.1 Tarikh                                :  12 & 13 November 2014
                                   
            4.2 Hari                                   :  Rabu & Khamis

4.3 Bilangan penyertaan          : Murid Pendidikan Khas         10 orang
                                                : Penolong Kanan HEM         1 orang
: Guru Pendidikan Khas          3 orang
                                                            : Pemb.Pengurusan Murid       1 orang

                                                            : Jumlah                              15 orang

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1       Tambang Bas/Pengangkutan                : RM 550.00
5.2       Penginapan                                          : RM 250.00   
5.3       Tiket Masuk / Bayaran Aktiviti             : RM 300.00
5.4       Makanan / Minuman                            : RM 250.00
          JUMLAH                                             : RM 1350.00

6.  SUMBER KEWANGAN
6.1 Sumbangan PIBG

7. TENTATIF PROGRAM

8. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi                     :  En Zakaria bin Bahron ( Tn Guru Besar )
Naib Pengerusi             :  En Zainal Abidin bin Mohd Amin ( GPK KOKO )
Penyelaras Program     :  Pn Asmah binti Razak @ Abdul Razak
Setiausaha                   :  YM Tengku Nor Diana binti Tengku Abdul Kadir
Ajk                              :  En Mohd Mahathir bin Baharudin
                                    :  Pn Noorliana bt Che Yahya

9. PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, diharapkan Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah  Lawatan Sambil Belajar  Murid-murid Pendidikan Khas ke Negeri Melaka ini dapat memberi manfaat kepada semua  murid-murid Pendidikan Khas sekolah ini. Kami guru-guru PPKI SK Felda Ulu Tebrau  juga mengharapkan agar program ini dapat memberikan pengalaman berharga kepada mereka ke arah kehidupan bermakna.

Disediakan oleh,                                                                    Disemak oleh,

 .............................................                                              ...........................................
YM TENGKU NOR DIANA BT TENGKU ABD KADIR                 (  ASMAH BT RAZAK )                                   Guru Pendidikan Khas                                                             Penyelaras PPKIBP
SK Felda Ulu Tebrau                                                            SK Felda Ulu Tebrau



Disahkan oleh :


..................................................

1 comment:

  1. hai sya nak buat rombongan ke sana nak dekat bandaraya melaka tolg suggest kan sya dengan pakej harga nak ada swiming pool.

    ReplyDelete