Monday, October 20, 2014

KOROBORI PENGAKAP JOHOR 2014 - KEM REKREASI SUNGAI SUDAH, MUAR

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...pertama kali mengikuti korobori pengakap. Persiapan dilakukan ala kadar sahaja coz semalam ( 16 Oktober 2014 ) baru habis sukan sekolah. Penat pun x hilang lagi..so..mana yang penting saje aku capai. Pukul 8.15 pagi aku keluar rumah ngan my darling and Imi yang Macho...aku bawak sekali anak aku yang Tahun 3 ni utk bagi pendedahan dan pengalaman..x pe la korban RM100 pon..duit boleh cari, pengalaman lebih berharga. Walaupun aku guru pengiring..tetap kena bayar..so.. 2oo hengget la smuanye. Aku gi sarapan di Restoran izzi kat area Kg Oren..mcm2 menu ade...alhamdulillah kenyang. 

My Darling hantar aku & imi ke sekolah. Sebahagian murid2 telah berkumpul di surau sekolah. Ustazah Hajar pun dah sampai. Anak murid aku hafsyam pun dah ada..Aku ni guru pengiring untuk murid PPKI. Bangga ngan Hafsyam sbb bakal dpt pakai Rambu..peringkt tertinggi pengakap sekolah rendah. 

Setelah menunggu selama setgh jam..bas pun tiba..dah lama benor x naik bas sekolah..aduhh...aura pening mabuk dah mula terasa..Untuk elakkan aku uwek2..aku mesti duk depan sekali...jadi kelindan..Bas ni dari SKTPP..so kat dalam bas dah ada sorang guru pengiring..Cikgu Najibah bersama 22 muridnya..tambah aku ngan 16 murid SKFUT jadi  la smua nya 38 murid n 2 guru pengiring. Tepat jam 10.05 pagi kami bertolak ke Kem Rekreasi Sg Sudah, Muar. Bas ni aku bagi 2 bintang jer...slowwww beb..tapi x pe la..biar lambat asalkan selamat sampai..huhu..

Aku tgk ank abg driver pasang dvd..sekali citer aksi gengster2 gitu..aku suh tukar citer lain...ape ke hal..x gemar aku bg bdk2 tgk citer gitu..aku ambik bekas dvd tu...ha kau...ade citer frozen...layan je la...bdk2 pon ok..x de plak yang bantah...citer karton..smua la suke...hehe..

Tepat pukul 12.40 tgh hr..tiba la kami di KR Sg Sudah, Muar. Panas terik...baru sampai dah rase nak balik..hehe...Aku ngan Najibah mengelola 38 murid kami ni...sampai di kaunter urusetia..dah tutup..coz diaorg gi solat jumaat..Tetiba dlm panas terik ni..muncul seorang hamba Allah terjerit-jerit memberi arahan kpd anak2 murid kami. Nak suruh beratur je pun...stress aku..pantang betul aku kalau org jerit2 x tentu pasal ni..Sudahnya kami suruh budak2 lelaki g solat jumaat dulu...nasib baik abg driver baik hati tolong htr ke masjid..x la jauh sangat tapi lbh 500m rase aku. Balik semula ke kem...jalan kaki ramai2 ngan murid2 dr daerah lain. Smntara murid lelaki g solat jumaat, murid perempuan seramai 8 org dirikn khemah, makan dan solat di surau kem. 

Lebih kurang pukul 2.15 ptg..murid2 lelaki balik dari masjid dan makan. Cikgu Syazwan dan Cikgu Syukri baru tiba. Mereka uruskan tapak khemah utk murid lelaki. Disebabkan kami dari daerah Pasir Gudang ni tiba lambat..ada masalah tiada tmpt untuk dirikn khemah. Akhirnya setel jugak..tapi kesian la murid2 terlepas aktiviti pertama. Selepas asar dijalankan aktiviti di air...berkayak, berakit dan water confident..Aku pun excited tengok bdk2 berkayak..tiba-tiba...angin bertiup kencang..hujan turun selebat-lebatnya beserta kilat dan petir sabung menyabung. Beberapa buah khemah rosak teruk dipukul ribut. Semua aktiviti air di hentikan serta merta dan peserta2 korobori di arahkan berkumpul di dewan besar. Ribut dan hujan lebat berterusan sehingga malam. Semua peserta tidak dibenarkan tidur di khemah. Peserta lelaki tidur di dewan manakala peserta perempuan tidur di surau. Kita merancang Allah menentukan segalanya. Aku tidak putus2 berdoa supaya kami semua dilindingi dari segala kemudharatan. 

Hari ke-2

Cuaca pagi sangat baik. Selepas sarapan pagi..semua peserta diminta mengemas dan membersihkan khemah masing2. Kebanyakan pakaian peserta basah kuyup..kesian budak2..tapi mereka ni cam ok je...cam seronok je....baju2 basah ada yang disidai..disangkut kat pokok...mcm2 ragam.  Tak de sorang pon yang nangis2..betol la korang ni berjiwa pengakap!!!! Salute kat korang seme...Dah beres kemas and bersih khemah..semua peserta sambung aktiviti. Sebanyak 32 aktiviti perlu di lakukan untuk mengumpul mata bagi mendptkan lencana emas, perak atau gangsa. Semuanya bersemangat...berkejar ke setiap stesen tanpa rasa penat dan letih. Aku pun ke sana ke mari mengikut hafsyam. Aku kena guide dia supaya dia x ketinggalan . Tapi aku mmg kagum dengan sikap hafsyam ni...kalau x tahu or x faham sesuatu..dia berani bertanya dengan fasilitator atau sape2 sahaja yang ada dalam kem tersebut. Hafsyam terbaik..dialah satu2nya pengakap PPKI daerah pasir gudang yang dapat Rambu..

Masuk waktu zohor...semua peserta lelaki berjemaah di dewan. Aku dah ingatkan hafsyam dan murid2 lain supaya terus solat jamak zohor dan asar. Selesai solat..makan...pastu sambung lagi aktiviti yang belom selesai. Lepas asar...aktiviti air disambung semula bagi peserta2 yang tidak sempat lakukan semalam. Lenguh kaki aku duk follow ke murid2 SKFUT wat aktiviti. Akhirnya...rata-rata murid SKFUT dapat lakukan 25-29 aktiviti dari 32 aktiviti yang dijalankan. Syarat utk dpat anugerah emas ialah 28 aktiviti atau pungutan mata bermula 751 mata hingga 850 mata. Syabas dan tahniah korang semua ye...

Sementara tunggu waktu maghrib..aku pantau murid2 SKFUT mandi. Mak aiiii....mandi kerbau semuanya. Bayangkan ngan baju yang bsh kuyup mase akt water confident...diaorang just siram2 air pastu tukar baju lain...jenguk khemah punya la bau....hohoho...asemmmmmmm...hacccummmmm..x gatal ke bdk2 ni..!!!!? Murid pompuan nmpk ok..bersih la...tp tang yang lelaki ni..adoyaiiii..jenuh la mak korang membasuh kain baju balik nnti,. Dh siap berpakaian..semua g dewan..solat maghrib berjemaah..pastu ade tazkirah dan terus solat isyak. Then, makan malam..

Selesai makan malam..smua peserta bersedia utk akt malam kebudayaan. Seme nmpk gembira n hepi. Bersemangat bertepuk dan menyanyi bersama pengakap Kelana. Smua daerah kena wat persembahan. Pasir Gudang pon x ketinggalan. Peserta diberi pilihan utk tidur di khemah atau dewan. Murid lelaki SKFUT tidur dalam khemah manakala murid pompuan tidur di surau. Lena semua...

Hari ke - 3

Bangun....mandi...solat subuh berjemaah...terus senamrobik. Pastu makan...siap makan gotong royong bersihkan tapak perkhemahan. Semua murid diminta ke dewan untuk acara raptai majlis penutup. Lebih kurang jam 11 pagi acara dimulakan. Bangge nye tengok hafsyam dapat Rambu... Tahniah hafsyam..terbaekkk..Seme guru pengiring dan peserta dapat sijil penyertaan. Sijil lain akan diberi kemudian. 

Aktiviti seterusnya..turunkan khemah..kemas dan naik bas. Kul 2.15 ptg singgah di Food Court Peserai untuk solat zohor dan makan tengahari. Aku dan Najibah order nasi ayam n air sirap untuk 36 murid. 2 murid balik sendiri..parent ambik di kem. Makcik kedai makan bg hege rm5.00. diskaun 50 sen..tenkiu makcik...murah rezeki...Dah kenyang...perjalnn diteruskan...Ingatkan dah kenyang seme akan tido...Alkisah...abg driver played dvd citer Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa..tergelak2 sakan la budak2..aku dan najibah pun same...layannnnn sampai mengekek2  kami ketawa...aku x pernah tgk citer ni...kelakar la pada aku...lenguh pipi..kihkihkih..Mase ni rase hepi sangat...enjoyyyyy gitu..Tak lame lps citer habis..seme dah senyap...tido pon korang ye...!!! Aku pon cam ngantuk tp x leh tido...aku nmpak abg drebar ni cam ngantuk jer..jd aku pon wat2 la sembang2 ngan dia.. Lebih kurang kul 6 ptg  sampai la kami di SKFUT...alhamdulillah..aku tunggu smua bkd2 balik baru aku balik...My darling pon dah tunggu..tata..

1 comment:

  1. salam.bagaimana nak contact kem rekreasi sungai sudah ni ye?

    ReplyDelete